Sunday, March 25, 2012

Excel Workbook / Bukukerja Excel

Excel workbook atau bukukerja excel adalah sama dengan file excel. Apabila anda membuka Excel, ia akan membuka bukukerja secara automatik. Di dalam bab ini, belajar untuk membuka bukukerja, membuat bukukerja dari templat dan bagaimana untuk melihat beberapa bukuerja dalam masa yang sama.

Membuka Bukukerja Excel

Untuk membuka bukerja Excel yang telah dihasilkan dan disimpan, ikutIlah langkah-langkah berikut.

1. Klik pada tab File yang berwarna hijau. Tab File ini didlam versi 2010 telah menggantikan Office Button (atau Menu File) dari versi Excel yang lalu.


Apa yang akan anda lihat seterusnya adalah digelar "backstage view", dan ia mengandungi semua arahan-arahan yang berkaitan dengan bukukerja.  Didalam arahan "Recent" menunjukkan satu senarai bukukerja yang anda baru digunakan.


  2. Anda boleh membuka satu bukukerja dari sini, atau anda boleh klik pada "Open" untuk membuka satu bukukerja yang tiada dalam senarai. Anda juga boleh membuka satu bukukerja yang kosong dengan menekan "New".

Menghasilkan satu Bukukerja dari template

Anda tidak semestinya mesti memulakan satu bukukerja dari mula yang kosong, sebaliknya, anda boleh menghasilkan satu bukukerja dari template. Terdapat beberapa template percuma yang boleh didapati dari Excel, menanti anda untuk menggunakannya :)
1. Klik pada File tab yang berwarna hijau, dan klik pada New.
2. Untuk memilih satu template dari sampel yang ada, klik pada "Sample templates."


 3. Seterusnya, pilih "Personal Monthly Budget" dan klik pada "Create".

dan anda akan lihat :-



Paparan Beberapa Bukukerja (Multiple Workbooks in a Window)

Sekiranya anda ingin melihat beberapa paparan bukukerja dalam sesuatu masa, ikutilah langkah-langkah berikut :-
1. Pertama, buka dua bukukerja atau lebih.
2. Kedua, klik pada "View" dan klik pada "Arrange All."


3. Pilih setting yang diingini. Contohnya, pilih "Horizontal"

Anda akan lihat hasilnya begini :-


Untuk menukarkan semula kepada paparan biasa, klik pada "Arrange All" semula dan pilih 'Windows of active workbook'.

Selamat berExcel!!!
.

No comments:

Post a Comment